Friday, January 28, 2011

Selamat Bersara PUAN HAJJAH AFZA BINTI ABDOLLAH...Jasamu Kami Kenang Selama-lamanya..

Majlis Perhimpunan Organisasi Bulanan Januari 2011 serta Majlis Persaraan Puan Hajjah Afza binti Abdollah telah selamat berlangsung di Dewan Indera Kayangan pada hari ini, Jumaat, 28 Januari 2011 bersamaan 23 Safar 1432 H jam 9.15 pagi yang dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Matematik IPG Kampus Perlis.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung termasuk beberapa persembahan menarik daripada para guru pelatih sebagai penghargaan kepada sumbang bakti dan jasa yang tidak mampu dihitung banyaknya.

Kami warga IPG Kampus Perlis mendoakan semoga Puan Afza sentiasa sihat wal afiat di samping suami dan keluarga tercinta serta sihat dan kuat mengerja amal soleh sebagai bekal dunia dan akhirat yang kekal abadi. Pengalaman menarik yang dilalui sepanjang kehidupan beliau cukup bermakna buat kami warga IPG Kampus Perlis untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik anak bangsa serta penerus legasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

SELAMAT BERSARA PUAN AFZA.

Ucapan Tuan Pengarah, En Tan Ying Kee

Pelancaran Kelab Matematik

Bacaan Doa Oleh Saudara Mohd Syameer Mohd Jamil, 1 PISMP PA (A)

Thursday, January 27, 2011

Gambar Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI & KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011

Alhamdulillah dengan izin Allah, selesai sudah Minggu Pengurusan Pelajar Baharu KPLI dan KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011. Semoga anda semua dapat mengikuti pengajian di IPG Kampus Perlis dengan cemerlang dan dinamik.

Senaman Pagi di Astaka IPG Kampus Perlis

Regangan sebelum joging pusing IPG Perlis

Selepas joging

Ustazah-Ustazah j-QAF

Sama-sama Solat Zohor Berjemaah

Saturday, January 15, 2011

Panduan Teks Pengerusi Majlis Perhimpunan Pagi Selasa IPG Kampus Perlis

Berikut ialah contoh teks untuk panduan pengerusi majlis bagi perhimpunan mingguan IPG Kampus Perlis pada setiap hari Selasa. Anda boleh menyuntingnya mengikut kesesuaian majlis.

Logo Baru Bina Insan Guru (BIG) IPG Kampus Perlis

Kepada PISMP SEM 1 yang akan menjalani BIG , Bina Insan Guru, ini ialah logo rasmi BIG yang baru.

Boleh digunakan untuk semua urusan, buku program, tanda nama, cenderamata, dan lain lain..
selamat menjalani BIG Tahun 2011.

ALFATIHAH..

Sama-sama kita sedekahkah ALFATIHAH kepada Ayahanda Saudari Mawaddah binti Saaidin Khadri, Mantan Exco Pembangunan Kerohanian JPP 08/09 yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 malam tadi (15 Januari 2011/ 10 Safar 1432 H).

Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para Solihin dan sebaik-baik tempat di sisi Allah Subhanahu Wataala. Kita doakan semoga beliau tabah menerima ketentuan Allah yang telah menentukan segala-galanya tentang ajal.

ALFATIHAH..

Thursday, January 13, 2011

Logo Institut Pendidikan Guru


JAWATANKUASA PENASIHAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011

KETUA PENASIHAT :
DR HAMZAH BIN IHSAN
Timbalan Pengarah IPG Kampus Perlis

PENOLONG KETUA PENASIHAT :
EN ELIAS BIN TALIB
Ketua Jabatan HEP

KAUNSELOR PELAJAR :
PN ZETTY AKMAR BINTI AMRAN

AHLI JAWATANKUASA :

PENASIHAT KEWANGAN :
PENOLONG AKAUNTAN

BIRO PEMBANGUNAN KEROHANIAN :
PN ZAWATI BINTI AWANG

BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL :
CIK NORAINI BT ABDUL LATIFF

BIRO PENGANGKUTAN :
EN ROSLY BIN MAT IDRIS

BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN :
EN ZUBAIDILLAH BIN SULAIMAN

BIRO KOMUNIKASI & PERHUBUNGAN LUAR :
EN MEGAT MOHD NOOR BIN MEGAT TEH

BIRO KOLEJ KEDIAMAN :
PN NOR HAIZAN BT ABDUL HAMID

BIRO MAKANAN :
PN ROHANI BT SEMAN

BIRO PENERANGAN & PENERBITAN :
EN ISMAIL BIN HARUN

BIRO SUKAN & REKREASI :
PN LILY ROZITA BT MOHAMAD

BIRO PROTOKOL DAN PROFESIONALISME :
PN HJH SOFIAH BT ZAKARIA

PERJUMPAAN PELAJAR LUAR KAMPUS

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR IPG KAMPUS PERLIS YANG TINGGAL DI LUAR,
BERIKUT MAKLUMAN PERJUMPAAN PELAJAR LUAR KAMPUS BERSAMA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR :

HARI : ISNIN
TARIKH : 17 JANUARI 2011/ 12 SAFAR 1432 H
TEMPAT : DEWAN INDERA KAYANGAN
MASA : 9.00 MALAM

SEMUA PELAJAR LUAR KAMPUS DIMESTIKAN HADIR. TERIMA KASIH.

"PROGRESIF, PROAKTIF, DINAMIK"

Tuesday, January 11, 2011

Hebahan Perhimpunan Mingguan IPG Kampus Perlis

Sukacita dimaklumkan bermula 11 Januari 2011, PERHIMPUNAN MINGGUAN IPG KAMPUS PERLIS akan diadakan pada setiap hari SELASA bermula jam 7.30 - 8.00 Pagi. Memo dan jadual bertugas mengurus perhimpunan telah diedarkan melalui Ketua Kelas masing-masing.

Berikut ialah MEMO JADUAL TUGASAN PERHIMPUNAN DAN PLAN KEDUDUKAN PELAJAR semasa perhimpunan dijalankan. Sekian terima kasih.






Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Ke IPG Kampus Perlis

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semoga seluruh warga IPG Kampus Perlis berada dalam keadaan sihat untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di bumi bertuah IPG Kampus Perlis. Kami mengucapkan selamat kembali ke kampus dan buatlah persediaan sebaik mungkin untuk mengisi setiap saat yang ada di kampus dengan aktiviti bermanfaat dan bagi pelajar Muslim, kita kena atur masa kita betul-betul untuk pastikan setiap kerja buat kita menjadi berpahala.

Kepada semua sahabat-sahabat PISMP Ambilan Januari 2008 yang akan memulakan praktikum bermula 31 Januari 2011 hingga 29 April 2011 dan abang-abang serta kakak KPLI ambilan Jun 2010 yang akan memulakan praktikum pada 17 Januari 2011 di sekolah masing-masing , kami doakan anda semua dapat buat yang terbaik untuk anak didik. Jiwailah kerjaya anda yang sangat mulia ini. Guru akan diingat sampai mati. Selepas tiada lagi di dunia ini, kita masih akan dipanggil 'CIKGU'.

Kepada adik-adik PISMP Semester 5, 3, 1 dan PPISMP Semester 2, susunlah aktiviti harian anda dengan teratur. Jangan membazir masa. Isilah masa dengan paling teratur. Anda akan berasa cukup seronok berada di kampus apabila dapat mengatur masa dengan baik bermula dari bangun tidur hinggalah kembali ke tilam empuk anda semula.

Kepada semua warga IPG Kampus Perlis yang beragama Islam, dengan penuh rasa rendah diri kami mengajak semua sekali untuk sama-sama imarahkan Surau Nurul Iman setiap waktu solat. Kita hidupkan budaya berjemaah. InshaAllah ia akan memangkin suatu kekuatan kepada kita untuk lebih kuat mengharungi hidup dan meredah masalah. Carilah ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Elakkan daripada mencari ketenangan dengan bermaksiat kepada Allah kerana ia ibarat menambah parah pada luka sedia ada.

Harapan kami Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk tahun 2011, IPG Kampus Perlis terus mencipta nama di semua peringkat termasuklah antarabangsa. Semua ini bermula daripada seorang individu. Jika semua mempunyai azam dan jiwa besar, kami berkeyakinan penuh kita akan dapat sama-sama garap dan kecap hasilnya nanti.

Sekian.

"IPG PERLIS SEJAHTERA, NIKMAT UNTUK SEMUA"

Abdul Muhaimin bin Abd. Hamid
Yang Dipertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Sesi 2009/2010